Firman Allah swt;
"Maka ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadamu (bersama dan melindungi hambaNya)....(Al-Baqarah:152)
Allah memberi jamninan bahwa hamba yang kukuh jiwanya dengan Allah akan mendapat perlindunganNya dari gangguan syaitan.
Zikir
yang bersisilah dan dilakukan dengan teknik yang betul akan mensucikan
hati pengamalnya dan meningkatkan ubudiyahnya kepada Allah.Semangkin
tinggi ubudiyyah, semangkin tawadhuk dan semangkin kerdil hamba itu
terhadap Tuhannya sehingga ke tahap merasa hilang wujud diri (fana),
maka semangkin kuatlah Tenaga Illahi yang terlimpah pada qalbinya.Ia
selari dengan perinsip sains bahwa semangkin kecil sesuatu atom itu ,
maka semangkin hebat tenaga dan kuasanya.
Tenaga zikir adalah
tenaga dari Illahi, ia mempunyai cahaya yang hebat yang datang dari alam
Lahut.Energi zikir akan menyucikan segala kotoran pada qalbi sehingga
qalbinya akan terkeluar cahaya alam Lahut yang tertutup selama ini
disebabkan kekotorannya.Cahaya ini akan bersinar dan meningkatkan
frekuensi cahaya jiwanya (mazmumah).Ia juga akan bergerak menguatkan Ruh
Sultani iaitu cahaya akal sehingga akalnya mempunyai daya ketahanan
yang kuat, berfikiran tajam dan kreatif.
Getaran cahayanya yang
tinggi ini juga akan menguatkan Ruh Jasmani atau tenaga dalam atau
gelombang elektromagnet yang bergerak aktif dalam tubuhnya.Gelombang
atau tenaga inilah yang mengawal segala fungsi dan organ dalam tubuh
manusia.Apabila tenaga ini terganggu atau lemah, maka ia akan
mendedahkan seseorang itu kepada serangan pelbagai penyakit.
Tenaga
dalam badan ini juga mewujudkan medan magnetik yang juga disebut
aura.Ia mengelilingi seluruh badan dan menjadi benteng pertahanan diri
seseorang dan dapat mengesan gelombang-gelombang di sekelilingnya sama
ada positif atau negatif.Semangkin kuat tenaga elektromagnet dalam
tubuh, semangkin kuatlah medan magnet atau benteng dirinya.
Seseorang
ahli zikir atau orang yang khusyuk dalam ibadah mempunyai ketenangan
yang tinggi.Sains mengatakan semangkin tenang atau hening sesuatu objek
itu, maka gerakan atom atau tenaga yang berhasil amatlah laju.Justeru,
semangkin seseorang itu tenang, tenaganya makin kuat dan laju.Tenaga
yang ada pada dirinya itu boleh diqasadkan perbagai kegunaan zahir dan
batin.
Zikir yang digabungkan dengan teknik pernafasan yang
betul, atau disebut oleh ahli Tassauf sebagai zikir nafas, akan memberi
kesan yang hebat.Imam Ghazali mengatakan zikir yang dilakukan dengan
cara menahan nafas akan mempercepatkan proses penyucian hati (membakar
mazmumah).
Firman Allah swt;
"Sesungguhnya Kami menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian."(At-Tin:4)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan