Pesanan Dariku 2
Jauhi Sikap Sombong
Para
Syaikh memberi ingatan dengan ucapan,”Sesiapa yang berbangga diri
(sombong),nescaya terhijab daripada Allah S.W.T. dan kebanggaan diri itu
dapat dijadikan pertunjuk ‘makam’(kedudukan atau status) orang itu.”
Yang bermaksud perbuatan seseorang itu sama ada ikhlas ataupun untuk menunjuk-nunjuk (pamer diri).
Membangga
diri, membesar-besarkan diri serta merasa diri ditaati orang
lain,semuanya merupakan “tertariknya penglihatan pada dirinya
sendiri.”Kepada orang yang sebegini, hendaklah diperingatkan bahwa tidak
semua amalnya dimasa lalu diiringi oleh kesedaran dan keikhlasan.
Kisah
Iblis yang bangga diri dapat dijadikan iktibar.Begitu juga dengan kisah
Qarun ketika dia keluar kepada kaumnya dengan segala perhiasan
diri,kagum dan bangga,tetapi akhirnya terbenam di dalam bumi.Kisah
Fir’un pun begitu jua.Contoh-contoh yang telah diberikan oleh Allah
S.W.T. didalam al-Qur’an cukup untuk dijadikan teguran agar kita tidak
melanggar batas.
Di antara sifat orang yang arif ialah tidak
menghiraukan bangga diri,walaupun dia harus menghadapi celaan orang.Ini
kerana dia merasakan bahwa wujudnya dia adalah kerana Allah S.W.T.
berdirinya dengan Al-Haq.Dalam agama Allah S.W.T. dia memperoleh
kekuatan.
Makrifat itu mengharuskan kita memandang bahwa tidak
ada takdir selain daripada takdir-Nya,dan tidak ada zikir melainkan
zikir kepada-Nya.Oleh itu ,apabila seseorang berucap, maka dia berucap
bersama Allah S.W.T. jika diam, dia diam bersama
dengan-Nya.Semulia-mulia sesuatu di sisi Zat yang Maha Ditakuti dan
diharap-harapkan ialah ucapan yang benar.
Abu Said al-Kharraz beliau
berasal dari Baghdad.Sahabat baik Dzun Nun al-Misri dan Sari’us
Saqati.Meninggal dunia pada tahun 227H.Antara kata-katanya yang patut
direnungi ialah:
Beliau pernah menceritakan tentang dirinya,”Aku
tidak pernah berselisih atau bergaduh dalam pergaulan dengn
rakan-rakanku ahli sufi.”Orang bertanya,”Bagaimana caranya engkau
bergaul?”Beliau menjawab,”Aku bersama mereka dalam keadaan diriku
sentiasa tertekan!”
Yang bermaksud sentiasa merendahkan diri dihadapan kawan atau pun lawan..
(Dipetik daripada Risalah al-Qusyair)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan