Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam setelah hijrah.
Menurut riwayat, ketika ayat Kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu
malaikat sebagai pengantarnya, kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan
iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam
perjuangannya. Rasulullah s.a.w segera memerintahkan kepada penulis al-Quran,
iaitu Zaid bin Tsabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat
95 buah hadits yang menjelaskan fadilat ayat Kursi. Sebabnya disebut ayat ini
dengan ayat Kursi, kerana didalamnya terdapat perkataan Kursi, artinya tempat
duduk yang megahlagi yang mempunyai martabat.
Dan bukan
yang dimaksud dengan kursi ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah kursi itu
syiar atas kebesaran tuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan