( KURSUS
PENYELENGGARAAN JENAZAH OLEH USTAZ ABDULLAH MAHMUD -KOR AGAMA TENTERA
DARAT DI SURAU ANSAR, LORONG KIRI 5, JALAN DATUK KERAMAT, KUALA LUMPUR)
Adapun
tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan
dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita
kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu
memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung
akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya
hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi
tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk
menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya
dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya
sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah
memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas
tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk engkafankan
bahagian mukanya.Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita
sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya.
Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam
supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah
SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada
orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang
menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang
peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.Adapun
tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100
hari sebelum hari mati.Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada
hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada
mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas
waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung
kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti
daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda
ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang
setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak
diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa
memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa
sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini
adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau
ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari matiTanda
ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan
gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka
malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya
ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang
masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas
lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hariAdapun tanda ini
akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan
di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera
untuk makan.
Tanda 3 hariPada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda
ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita
tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang
akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan
bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan
jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk
ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke
depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hariAkan berlaku sesudah
waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang
iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan
sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.Tanda akhirAkan berlaku
keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian
pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke
bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk
menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan
sekarang akan mematikan pula.
PENUTUPSesungguhnya marilah kita
bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara
orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran
untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat
persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT
mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang
kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa
lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati
seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada
doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah
ketentuan Allah SWT semata-mata.Oleh itu marilah kita bersama-sama
berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah
SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran
dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia
mahupun akhirat.Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan
apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
WALLAHUA`LAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan