Bagaimanakah
sebenarnya ukur-tara ataupun hubung-kait manusia dengan Allah? Benarkah
hubungan manusia dengan Allah sebagai yang kena cipta (khalak) dengan
penciptanya (khalid)? Kalau benar begitu apakah erti sebenar hubungan
itu ? Apakah manusia dijadikan semata-mata untuk menjalankan perintah
Allah ? Atau dijadikan sebagai menandakan bahawa Allah itu mempunyai
kuasa sehingga Dia boleh memperalatkan hambanya (manusia)? Begitukah?
Kalu
demiikin jelaslah bahawa kedudukan manusia dalam hal ini tak ubah
seperti kedudukan seorang kuli dan taukehnya.Sama sahaja darjatnya
dengan kedudukan seorang hamba rakyat dengan rajanya.Mereka bekerja
dengan niat untuk kesenangan raja mereka.
Sekiranya
mereka memahami dan mengkaji kepada kebesaran Allah itu sendiri yang
maha tahu,maha adil,maha kuasa dan maha agung,buat apa Dia menciptakan
manusia lagi.Tidak ada guna Dia melahirkan manusia Ke alam ini.Kalau
hanya setakat untuk memuji,memuja,serta melaksanakan perintah-Nya,tidak
ada faedah langsung Allah menjadikan manusia.
Bukankah
Dia sudah berkuasa? Logiknya Dia tidak perlu kepada mana-mana pihak
(hamba) lagi untuk bekerja untuk-Nya.Tidak ada perintah lagi yang boleh
disuruh kan kepada hamba-Nya kerana Dia boleh melaksankan sendiri.Bukankah Dia mahu berkuasa ,bijaksana dan agung?
Atau
dia melantik manusia menjadi hamba untuk menunjukkkan kekuasaan-Nya ?
Sebagai tanda kebesaran dan kebolehannya menciptakan manusia ? Bugitukah
?
Ertinya: ”Tidak Aku janjikan jin dan manusia melainkan untuk berbakti kepadaku.” – (Az-Zariat:56)
Rupanya
Allah sengaja menjadikan (jin dan manusia) untuk menjadi hamba
kepadanya. Apakah guna peranan hamba disini ? Apakah Allah menjadikan
jin dan manusia itu suka-suka sahaja.atau kerana telatah cakap,dengan
kata kun,maka jadilah ia ! Begitukah ?
Persoalan
ini sungguh rumit dan menimbulkan tanda tanya yang cukup besar kepada
kita.Kita merasakan ada sesuatu yang tidak kena.Seolah-olah Allah
sengaja mewujudkan manusia sebagai symbol kekuasaan-Nya.
Setakat
di situ sahajakah peranan manusia ? Apabila kita menyedari behawa Allah
memang berkuasa dan tidak memerlukan kepada mana-mana kuasa, maka akan
timbul pertanyaan,jadi apakah tujuan sebenarnya Tuhan menjadikan
manusia? Memangkah Allah tidak mahukan kepada pujian dan
sanjangan.Kerana dengan kudrat dan iradat yang ada pada-Nya,Dia boleh
lakukan apa sahaja seperti mana yang ditegaskan dalam firma-Nya:
Ertinta:
”Wahai manusia,sesungguhnya kamulah yang memerlukan Allah,dan Allah
yang maha kaya,tidak memerluakn apa-apa.Jika Dia mahu nescaya,Dia
memusnahkan kamu dan mendatangkan makhluk lain (sebagai ganti)”.-(Al -
Fatir:15 -16.)
Jadi
jelaslah di sini bahawa Allah tidak memerlukan manusia untuk
melaksanakan kerjanya.Untuk apa Allah menyuruh manusia bekerja untuk-Nya
lagi,sedang semua kerja kehendak-Nya,Ia boleh laksanakan sendiri.Sebut
sahaja akan jadi maka akan jadi.Allah memiliki sifat Qiyamuhu
Binafsihi,yang berdiri dengan dirinya sendiri.
”Sesunggunya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” – (Al Ankabut -6)
Lagipun
bukankah Allah sudah ada jin dan malaikat untuk melaksanakan
tugasnya.Jin dan para malaikat itu pasti boleh melaksanakan kerja dan
suruhan-Nya dengan lancar dan pantas sekali kalau dibandingkan dengan
manusia.
Tetapi
hakikat sebenarnya bukan demikian.Allah mencipta manusia bukan untuk
menjadikan hamba-Nya seperti hamba rakyat terhadap rajanya, apa lagi
untuk menjadi tukang puji kepada-Nya.Apabila kita mendalami serta
mengetahui hakikat manusia dengan Allah dan sebaliknya,maka jelas kepada
kita hubungan manusia dengan Allah bukan seperti mana yang kita
fahamkan.
Untuk memudahkan kita faham,cuba
kaji apakah kepentingan amal ibadat kepada manusia itu sendiri dan
kepada Allah.Allah menyuruhkan manusia melalui amal ibadat itu.Dan
apakah pula kepentingan yang Allah memperolehi melalui amal ibadat itu.
Seandainya
manusia tidak melaksanakan , siapakah yang untung dan siapakah yang
rugi.Adakah Allah yang akan rugi jika manusia tidak beribadat
kepada-Nya.Adakah Allah akan sakit, kalau manusia tidak beribadat
kepada-Nya.Tidak! Dia tidak mengalami kerugian apa-apa,dan Dia tidak
sakit.Sebaliknya yang rugi dan yang sakit adalah diri manusia sendiri.
Betapa
tidak,bukankah natijah amal ibadat itu untuk kebaikan dunia sejagat
.Bukankah ia untuk kebaikan diri manusia sendiri dan juda diri manusia
yang lain.Manusia mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam,
berpuasa, menunaikan zakat, mengerjakan haji dan sebagainya, merupakan
amal ibadat yang baik untuk dirinya dan makhluk sejenis dengannya.
Falsafah
dalam konsep amal ibadat itu ialah untuk kebaikan bersama; baik untuk
diri manusia sendiri, orang lain dan juga Allah.Dengan melakukan amal
ibadat ,jiwa kita akan tenang, hati kita akan bening, dan diri kita akan
bersih.Kita kena ingat setelah diri kita suci dan hati kita bersih
sahajalah memungkinkan kita untuk dapat melihat diri kita
sebenarnya,sebagaimana digambarkan oleh Allah dalam Hadith Qurdsi:
Manusia itu adalah rahsia Aku dan diri Akulah yang menjadi rahsianya.
Jadi
jelas amal ibadat yang dilakukan bukan untuk Allah.Allah tidak meminta
dan mengharapkan kebaikan itu.Kita melakukan amal ibadat adalah untuk
kesejahteraan diri kita sendiri (manusia).Bukan untuk kesejahteraan diri
Allah.Allah tidak perlu pemberian kesejahteraan daripada kita.Dia
bersifat hayat, alimun dan kadirun.Dia sudah kuat dan perkasa,Dia agung.
Jadi
jelas amal ibadat itu hanya untuk diri kita sendiri,dan bukan untuk
kebaikan Allah.Maka kita kenalah tolak bahawa Tuhan menjadikan kita
untuk kesenangan-Nya..Tidak.Sebaliknya Tuhan menjadikan kita,adalah
untuk kesenangan dan kebaikan kita sendiri.
Firma-Nya
yang berbunyi Ertinya: ”Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang
yang beriman diantara kamu yang mengerjakan amal-amal saleh bahawa dia
sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia
telah menjadikan orang-orang sebelumnya berkuasa dan sesungguhnya dia
akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredainya untuk mereka.”-
(An-Nur :55)
Janganlah
kita beranggapan bahawa dengan menunaikan perintah Allah adalah untuk
kesenangan Allah.Allah sesungguhnya tidak menginginkan kesenangan
itu.Sebaiknya hasil daripada amal ibadat itu adalah untuk diri kita
sendiri.Jika kalau kita tidak beramal ibadat (berbuat baik kepada diri
kita), maka kita sendirilah yang akan rugi.
”Sesungguhnya manusia itu akan kerugian.Kecuali bagi mereka yang beramal soleh dan beriman.” – (Al-Ansr:1-2)
Jadi
disini timbul persoalan apakah hubungan kita dengan Allah? Kalau amal
ibadat itu untuk kebaikan diri kita sendiri,jadi apakah peranan Allah
memeritahkan supaya kita melakukan amal ibadat itu? Kenapakh Allah
susah-susah memerintah kita? Kenapa dia pandai-pandai dan bertanggung
jawab memperingatkan kita?
Kalau
kita kembali kepada hakikat manusia dan hakikat Allah, sebenarnya
kedudukan manusia dengan Allah itu saling berkaitan.Perhubungan itu
seolah antara dua nama yang mewujudkan satu benda.Perhubungan yang cukup
erat,rapat,intim dan akrab sekali.Umpama jasad dengan roh,jika
dipisahkan menyebabkan salah satunya akan pincang,seperti lagu tanpa
irama.
Perhubungan
manusia dengan Tuhan laksana roh dengan jasad.Jika jasad tidak ada roh
tidak akan wujud (nampak).Begitu juga jika tidak ada roh jasad tidakakan
bergerak dan dinamakan hidup.
Kerana
demikian erat ,intim,rapat dan akrablah maka kedua pihak sangat penting
dan saling berhubungan diantara satu sama lain.Kewujudan Allah tidak
akan diketahui tanpa adanya manusia,dan manusia tidak akan ada tanpa
wujudnya Allah.Manusia adalah maujud kepada yang wujud.Disini
menunjukkan manusia ada,untuk mengisytiharkan kewujudan Allah,dan Allah
mengkhalaqkan manusia untuk menunjukkan keadaan-Nya dan juga
kekuasaan-Nya.
Adapun
kenapa Allah yang menjadi rabbi,dan manusia menjadi abdi,ialah kerana
demikian perjanjian asal.Perjajian asal ini tidak boleh ditukar ganti
atau dimansuhkan lagi.Kerana perjanjian itu bersifat semula jadi (baqa).
Sewaktu
di alam luh mahfuz,(alam roh) manusia sudah berjanji dengan
Allah.Perjanjian itu dinamakan perjanjian roh dengan Allah.Ataupun
perjanjian diantara Nurullah dengan Nur Muhammad ataupun perjanjian zat
dengan sifat.Dalam perjanjian atau pengakuan itu,roh telah bersedia
memperakui zat Tuhan sebagai Allah dan dia sebagai hamba.
Ertinya: ”Apakah aku ini Tuhan kamu,maka jawab sekalian roh,bahkan(ya)engkau Tuhanku”. – (al-A’raf:172)
Adapun
perjanjian ini bukan berat sebelah.Keduanya mendapat keuntungan.Baik
pun roh mahu pun zat.Apabila roh telah memperakui yang zat adalah
Tuhannya,maka cara otomatik dia kena mengingat zat.Disinilah menyebabkan
roh diberikan sifat (manusia) untuk menzahirkan dirinya.Iaitu diri
rahsia zatulhaq (diri sebenar-benar diri)
Disinilah
peri pentingnya perjanjian itu.Tanpa perjanjian itu roh tidak akan
mempunyai sifat dan zat pula tidak akan wujud dalam ingatan dan sebutan
zahir.Kerana roh itu diberikan sifat,maka ia hendaklah menjadi penyebut
(zikirin) kepada zat,dimana ia yang wujud memuji yang ghaib.
Sekiranya ianya tidak puji dengan zahir, kewujudan zat itu tidak nyata.Ia akan hilang dalam keadaan ghaib begitu sahaja.Disinilah Allah berfirman: ”Jika kamu ingatkan aku,aku akan ingatkan dirimu.”
Sekiranya ianya tidak puji dengan zahir, kewujudan zat itu tidak nyata.Ia akan hilang dalam keadaan ghaib begitu sahaja.Disinilah Allah berfirman: ”Jika kamu ingatkan aku,aku akan ingatkan dirimu.”
Tujuan
kita diberikan sifat,(dizahirkan)adalah untuk memberi
tahu(marifat)kepada diri kita sendiri,tentang diri-Nya serta untuk
mengenali setiap apa yang wujud di atas alam ini.Tanpa adanya sifat
diri-Nya ini,maka mustahil kita dapat berdiri seperti hari ini,marifat
dengan segala ilmunya.
Kesimpulannya
tujuan kita berzikir,mengingati Allah,melakukan amal ibadat adalah
untuk mengingatkan diri kita sendiri.Kita melkukan kebaikan kepada diri
kita sendiri.Kitalah memuji diri kita sendiri dan memulangkan pujian itu
kepada diri kita juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan