4 Apr 2011

ZIKIR DAN FIKIR

Dalam Hadis Qudsi Allah berfirman:
"Hai anak Adam (manusia), apabila kamu ingat kepada-Ku, maka telah bersyukurlah kamu kepada-Ku.Dan jika kamu lupa kepada-Ku,maka telah ingkarlah kamu kepada-ku."

Firman Allah SWT:
"Orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring."
(Ali Imran:191)

Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa mencintai dan mengetahui manzilahnya di sisi Allah, maka hendaklah ia memperhatikan manzilah Allah di sisisnya.Dan bahawasanya Allah akan menepati tempat hamba-Nya yang menepati tempat-Nya."

Sebahagian dari keutamaan zikir ialah Allah sentiasa ingat kepada orang-orang yang berzikir.

Perhatikanlah firman-Nya:
"Maka ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadamu."

Seseorang tidak akan akan sampai kepada Allah, melainkan dengan banyak ingat kepada Allah dan berkekalan zikirnya sebagaimana firman Allah:

"Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (ingatlah kepada Allah), dengan zikir yang sebanyak-banyaknya."
(Al-Ahzab:41)

"Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut."
(Al-A'raf:205)

Orang-orang yang berzikir dengan ikhlas dan benar akan mendapat kedudukan yang tinggi di sisis Tuhan Al Malikul Hak.

Firman Allah dalam Hadis Qudsi:
"Aku duduk bersama dengan orang-orang yang menyebut nama-Ku."

Sabdanya yang lain:
"Setinggi-tinggi derajat hamba di sisi Allah pada hari kiamat adalah mereka yang berzikir dengan zikir yang banyak."

Sabdanya lagi:
"Zikir di waktu Subuh dan petang hari adalah lebih baik daripada memancung dengan pedang dalam perang fi sabilillah."

Sabdanya lagi:
Bahwa zikrullah adalah panji-panji iman, pelepasan daripada nifaq, pertahanan terhadap syaitan dan pemeliharaan dari api neraka."

Sabdanya lagi:
"Barangsiapa mengakhiri perkataannya dengan ucapan La Ilaha Illallah, nescaya masuk syurga."

Dikatakan zikir adalah lebih baik daripada fikir kerana Allah Taala itu disifatkan dengan ingat kepada-Nya (zikir) dan tidak dapat disifatkan dengan fikir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan